"Jangan Jadi Statistik"







Bungkusan

 Suspek maklumkan kepada mangsa yang beliau akan menghantar bungkusan mengandungi wang, komputer riba dan lain-lain lagi sebagai tanda persahabatan mahupun tanda cinta. Kemudian pihak yang menyamar sebagai ejen kurier atau kastam akan hubungi mangsa untuk membuat pembayaran sebagai bayaran cukai atau wang pemprosesan kerana bungkusan itu didakwa mempunyai barang berharga yang tidak diisytiharkan.

Wasiat/Harta Warisan/Pusaka

 Suspek memaklumkan dia pernah menetap bersama keluarga di Malaysia sejak kecil dan telah berhijrah di luar negara. Suspek mendakwa warisnya mempunyai harta pusaka atau warisan yang boleh dituntut dan meminta mangsa untuk membantu menguruskan proses mendapatkan harta itu. Mangsa akan menerima emel atau mesej mengandungi dokumen palsu seperti slip deposit dana wang dari bank negara ini untuk melepaskan wang dari disyaki penggubahan wang haram dan meyakinkan mangsa untuk menghantar wang atau harta kepada suspek terlibat.

Pelaburan/Perniagaan

Suspek mendakwa akan berhijrah ke negara mangsa bagi menjalankan perniagaan atau pelaburan. Kemudian suspek akan maklumkan kepada mangsa yang beliau mengalami masalah kewangan dan memohon bantuan dari mangsa untuk menampung masalah yang dihadapi. Malah suspek berjanji akan membayar semula dengan jumlah wang lebih tinggi.

 Black Money

Bagi sindiket black money, suspek akan mengadakan perjumpaan di satu lokasi, kemudian menunjukkan bungkusan wang kepada mangsa dan mendakwa ia telah dicetak dengan bahan kimia untuk menggelakkan dari dikesan oleh Jabatan Imigresen. Sekiranya mangsa ingin dapatkan wang berkenaan, dia perlu membeli ubat pencuci bahan kimia tersebut.

Berkawan / Datang berjumpa kekasih

Bagi sindiket berjumpa kekasih pula, suspek akan memperdaya mangsa dengan mengatakan Berkerja dengan Syarikat ternama di Malaysia / outstation di luar Negara atau dalam Negara, pulang ke Malaysia dan mencari pasangan hidup.Selepas mendapat maklum balas dari mangsa, Facebook , Aplikasi Whatsapp, Twitter, Wechat, suspek akan memikat mangsa kemudian memberi alasan terkandas di tempat kerja, rosak kereta, Hotel , di tahan imigresen dan memujuk Mangsa untuk mendapatkan sejumlah wang menerusi akaun milik orang lain (selalunya dalang), dan berjanji akan mengantikan semula. Kerugian besar bakal terkena kepada mangsa jika tidak melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa, rata – rata mangsa yang membuat laporan tidak pernah sekalipun berjumpa kekasih siber kerana pelbagai alasan di berikan.

Tips Dan Langkah-Langkah Jika Anda Ditipu Di Alam Cyber
SILA LAPOR KEPADA PIHAK POLIS SEKIRANYA ANDA MENJADI MANGSA PENIPU DIALAM SIBER WALAUPUN SEBANYAK RM50.
Bawa semua perkara di bawah ke Balai Polis dan buat laporan secepat yang mungkin :
1.Cetak segala komunikasi dengan penjual seperti komunikasi di ‘Wall’, ‘Private Message’ Facebook, Email, SMS,Telefon dan sebagainya.

2.Cetak Maklumat-maklumat penjual / suspek yang terdapat di akaun Facebook tersebut.
3.Cetak gambar-gambar Iklan Produk yang ingin dibeli.
4.Simpan Resit Pembayaran/ Slip Bank bagi urusan jual beli barangan tersebut.
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai penipu siber, Sila salurkan maklumat ke: mcc@rmp.gov.my untuk tindakan dan siasatan pihak polis.








Comments

Popular Posts